Jangan pergi Jepun sebelum baca 12 perkara orang Jepun paling pantang kalau kita buat. Nak pergi negara orang, eloklah kita belajar sikit-sikit adat resam orang Jepun kan. Lihat gambar ini dan baca penerangan setiap gambar untuk tahu 12 pantang org Jepun.

1. LANGGAR ETIKA CHOPSTIK
.
Bukan main-main ye, chopstik pun orang Jepun ada maksud-maksud tertentu. Antaranya, jangan rapatkan chopstik menegak di mangkuk nasi. Itu ialah ritual kematian. Gila orang Jepun angkat kening sebelah dia kalau buat macam tu dalam rumah mereka. Pantang dengan selambanya menggunakan chopstik kita untuk ambilkan makanan orang lain seperti orang-orang Cina buat. Dan juga sangat kurang sopan anda menggosok chopstik anda sekali. Susah rupanya pakai chopstik ni. Apapun penyelesaiannya ialah…request sudu dan garfu. Kalau tak ada juga, pakai tangan jer sudah

2. PAKAI KASUT DALAM BANGUNAN RUMAH
.
Bangunan seperti rumah, tempat suci, sekolah, hospital memang akan sediakan selipar ganti sebelum masuk. Jangan buat-buat tak nampak ye. Sarung sahaja selipar indoor dan tinggal kasut di luar. Jangan risau, orang tak curi kasut di Jepun.

3.TAK BERATUR

Ini satu lagi buat Org Jepun angkat kening. Beratur ni adat Jepun paling power. Walaupun orang tak ada nak masuk tren, mereka akan beratur dulu. Lagi pantang bila nak masuk tren, orang dalam belum keluar dah mula orang luar nak masuk. Sabar Yeop sabar. Bukan di tren station sahaja tapi semua tempat mereka beratur termasuk beratur nak beli tudung Fareeda. Disiplin tu sama macam orang Malaysia yg rajin beratur tunggu nak beli tudung. Bagusss benor orang Jepun ni kan.

4.MAKAN DALAM KENDERAAN AWAM DAN MAKAN SAMBIL JALAN

Ini budaya bagus. Atuk nenek kita dulu dah lama ada adab macam ni. Cuma sejak kita-kita ni mula minum susu lembu kot yang kita dah lupa untuk makan setempat. Mereka juga pantang kita makan di dalam kenderaan awam kerana boleh mengotorkan harta kepentingan awam. Tinggi betul kesedaran sivik mereka kan.

5. MASUK BATH TUB TERUS

SEBELUM SHOWER

Orang Jepun selalu standby tub mereka dengan air suam yang mereka guna untuk relaks DAN BUKAN UNTUK MANDI. Maka mereka nak berendam dalam tub, pastikanlah segala hadas anda dibersihkan dahulu dan pastikan tiada lagi “ain” anda sebelum masuk dalam tub untuk berendam. Ok, ini simple jer tapi macam selalu jer kita-kita buat kat hotel kan?

6. JANGAN HEMBUS HINGUS DI PUBLIC

Orang Jepun selalu kalau tak sihat sikit mereka akan gunakan mask muka. Mereka tak mahu menjangkiti orang lain. Jadi kalau kita ni selesema, janganlah kemproh sangat kita sembur sana sini kuat-kuat kerana itu akan membuatkan makcik-makcik Jepun membara hatinya. Apapun di Malaysia pun sembur hingus macam ni kurang senonoh lagi-lagi kalau kuat-kuat, tapi ada juga org Melayu buat. Sama juga org Jepun, benda-benda pantang macam ni mereka pun ada yg selamba sahaja.

7.PANTANG BAGI DUIT TIP
Integriti orang Jepun ni tinggi tau. Jangan cuba bagi tip kerana itu satu bentuk penghinaan juga dalam budaya Jepun. Jepun is Jepun lah dan dia bukan Amerika yang semua benda nak tips. Khidmat mereka yg bekerja semua itu dah dikiran dalam bil. Jangan risau, dan pemandu teksi pun tak mahu kita cakap “keep the change” kerana meraka akan pulangkan juga duit kita walaupun seposen.

8.JANGAN SEMBANG DALAM PUBLIC TRANSPORT MACAM TENGAH GADUH DENGAN JIRAN

Biasanya dalam tren atau bas, mereka banyak tengok handphone tapi tak bercakap. Bila kita menyembang kuat memanglah wajar sekeliling terasa “panas” hati.

9.JANGAN TUDING JARI PADA ORANG

Ni selalu juga kita buat. Tapi di Jepunia dianggap biadab. Lagi biadab kalau sambil makan tunjuk orang pakai chopstick. Kalau kita Melayu nak sopan pakai ibu jari nak tunjuk. Apapun, lain padang lain belalang.

10.JANGAN CAMPUR KICAP DALAM MANGKUK NASI

Ini lebih berbentuk citarasa sahaja. Tapi yg mi, tak tahulah betul ke tak. Tak lah sampai ada kepercayaan yang tahyul sampai tak boleh tuang kicap dalam nasi. Cuma mereka orang Jepun akan pandang kita pelik sikitlah.

11.BERI DAN AMBIL BARANG DENGAN SEBELAH TANGAN.

Ini biadab dan tidak manis untuk dibuat di Jepun. Kalau orang Jepun nak bagi apa-apa atau terima, mereka akan guna kedua-dua tangan. Sopan kan? Boleh buat menantu.

12. JANGAN TUANG MINUMAN UNTUK DIRI SENDIRI.
Ini bagi yang bukan Islam yang pergi minum mabuk-mabuk selepas waktu kerja. Habis tu kalau tak boleh tuang sendiri dan minum, siapa yang kena tuangkan? Kita tuangkan untuk orang bila cawan mereka dah kosong dan nanti mereka juga tuangkan untuk kita bila cawan kita kosong. Tapi itu kalau pergi mabuk-mabuk dengan kawan-kawan. Kalau pergi sorang-sorang, tolong jangan buat.