Pahang

PAHANG

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur. Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Pahang adalah sebuah negeri yang cukup bertuah, kaya dengan kawasan tanah tinggi dengan oksigen menyegarkan (Cameron Highland), hutan rimba dengan flora-fauna yang terpelihara (Taman Negara) dan pantai-pantai dengan pemandangan yang mempesona (Pulau Tioman).

Explore the City