1. MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG

Dari kajian Global Comission on Aging and Transamerica Centrer for Retirement Studies dengankerjasama U.S Travel Association, menunjukkan wanita yang travel sekurang kurangnya 2 kali setahun mempunyai risiko rendah untuk menerima serangan jantung dari mereka yang cuma travel 6 tahun sekali. Untuk lelaki juga yang tak rajin travel mempunyai 30% risiko lebih tinggi untuk menerima serangan jantung.

2. MENGHILANGKAN STRESS  

Kajian dari Chikani V, Reding D, Gunderson P, MacCarty CA, WMJ Ogos 2005, menunjukkan travel sangat bagus untuk mengurangkan tahap stress yang ada. 3 hari sebelum bercuti, kita akan merasa kurang resah, lebih tenang dan berada di dalam mood yang baik. Lebih menarik, manfaat travel ini bertahan berminggu-minggu selepas trip habis.

 Orang kita kata, “susah nak move on”. Ketenangan kawasan pergunungan, pantai masih segar dalam hati walaupun jasad sudah berada di hadapan pc dalam ofis. Ok time for the next vacation.

3. MENINGKATKAN KRETIVITI

Adam Galinsky, professor dari Columbia Business School dari kajiannya memaklumkan travel keluar negara meningkatkan kreativiti kita, terutamanya apabila kita berinteraksi dengan local people, local enviroment, local culture dan menjadi seorang traveller bukan tourist yang datang bawa bendera dan sekadar melihat tourist attraction semata-mata.

Kerana itu dalam travel rarecation kita memilih untuk menaiki public transport, melawati masjid, melawat sekolah agar kita ada ruang untuk berinteraksi dan memahami budaya dan kehidupan masyarakat tempatan. Interaksi ini banyak membuka minda dan meluaskan pandangan.

 

4. TAHAP KEGEMBIRAAN MENINGKAT

Menariknya dari Kajian Cornell University, kegembiraan kita meningkat sebelum trip bermula lagi. Apabila kita mula merancang percutian kita tahap hormon kegembiraan kita sudah meningkat bertingkat-tingkat. Sebelum pergi lagi dah happy, dah pergi lagi happy lah.

 

5. KURANG RISIKO KEMURUNGAN

Lebih 40% rakyat Malaysia mengalami masalah kemurungan atau Depression dan dikatakan bilangan ini akan semakin meningkat. Kalau rasa susah tidur, selalu penat, sakit belakang, pening2 kepala, ada tanda-tanda depression tu. Dari kajian Klinik Marshfield do Wisconsin menunjukkan, wanita yang travel 2 kali setahun kurang risiko untuk mengalami depression dan stress yang kronik dari wanita yang travel 2 tahun sekali.

Jadi itu dia, terang lagi bersuluh manfaat kesihatan dari segi fizikal, mental dan emosi bila kita pack our beg dan mula melawat negara yang kita tidak pernah lawati. Jadi apa lagi, it’s time to travel.