HOSKAN PENGALAMAN DI RARECATION

Lipat gandakan pendapatan anda dengan menjadi host di Rarecation

APAKAH ITU “EXPERIENCE / PENGALAMAN “ ?

Rarecation tidak pernah menjual destinasi tetapi kita menjual pengalaman. Nikmati nasi lemak sotong dan kopi o panas di tepi sawah menghijau sambil menikmati matahari pagi. Mandi di dalam air terjun tersembunyi yang sangat jernih sehingga boleh di lihat ke dasar tanpa ada gangguan pelancong lain. Rasa pengalaman memasak rendang Nogori Sembilan dari dapur rumah uwan dengan resipi asli kemudian nikmati rendang yang di masak di beranda rumah Minang dengan pemandangan kampung yang damai.
Ini yang dikatakan sebagai pengalaman / experience. Destinasi semua orang boleh pergi, tetapi pengalaman itu adalah eksklusif dan hanya boleh di dapati melalui host kita.
Air Papan-32

CIPTA AKTIVITI, CARA ANDA DAN DAPAT BAYARAN DENGAN MELAKUKAN PERKARA YANG ANDA SUKA

Minat fotografi ? bawa tetamu kita untuk menikmati keindahan matahari terbit di Kuala Lumpur dari lokasi yang tidak diketahui. Minat memasak ? bawa tetamu kita belajar bagaimana untuk memasak hidangan tradisi rendang dengan resipi asli di kawasan kampung yang mendamaikan. Minat mendaki, minat memancing, minat berkayak semua pengalaman ini dahulunya kita lakukan secara bersendirian kini kita lakukan bersama tetamu yang mempunyai minat yang sama dan menjana pendapatan.
Ubah minat menjadi keuntungan dan jana pendapatan tanpa tekanan seperti anda sedang bekerja.

APA PENGALAMAN YANG SAYA INGIN KONGSIKAN ?

Setiap jenis pengalaman, seperti memasak, membuat kraf, berkayak, dan banyak lagi. Tiada had untuk apa yang anda boleh lakukan. Ini antara idea aktiviti yang boleh dilakukan.
perak header

Alam Semula Jadi & Luaran 

Kembara alam semula jadi, menjejaki air terjun yang tersembunyi, sukan air seperti berkayak di jeram yang bertaraf antara bangsa, mendaki gunung melalui laluan yang jarang diambil dan pelbagai lagi.

photo_2020-12-11_17-49-20

Makanan & Minuman

Bawa pengalaman makan yang lauk pauk unik dan rare di lokasi yang menarik , anjurkan kelas memasak dengan resipi tradisi di kawasan perkampungan, nikmati buah segar terus dipetik dari buah dan pelbagai lagi pengalaman makanan yang unik. Orang Malaysia sangat mencintai makanan.

yaopey-yong-oDKyhEjOBfc-unsplash

Budaya & Sejarah 

Tahu tinggalan sejarah yang unik tidak diketahui di tempat anda, kongsi kisah di sebalik nama kawasan, tinggalan sejarah dan cerita menarik budaya kita pada orang.

CARA BERMULA

1


Blog header high ress

Ketahui Tentang Standard & Kualiti Kami

Ketahui standard, pengalaman dan bagaimana mencipta pengalaman terbaik mengikuti standard yang telah kami tetapkan.

2


SNAP-5

Cipta Halaman Pengalaman

Halaman anda menjadi tempat orang lain menemui anda. Hasilkan halaman pengalaman yang berkualiti tinggi dengan penerangan yang baik, gambar yang cantik meyakinkan dan video yang memberi inspirasi untuk lebih ramai orang menyertai pengalaman anda.

3


photo_2020-12-22_11-35-17

Mula Menjadi Hos Bagi Pengalaman Anda

Pastikan kita memberikan yang terbaik kepada tetamu kita. Kekalkan kualiti dan nilai tinggi yang kita berikan untuk mendapatkan review yang baik dari tetamu.

Kongsikan Keindahan Malaysia ke Mata Dunia

KELEBIHAN MENJADI HOST RARECATION

Platform Terbaiksquare

 Platform Terbaik

Sebuah platform yang akan membawa pengalaman anda ke pasaran yang lebih luas. Ramai yang boleh menjadi host yang baik namun ramai juga yang tidak mampu untuk mengurus tempahan dan tidak mahir di dalam pemasaran menyebabkan akhirnya produk dan pengalaman itu berakhir. Dengan platform Rarecation kita membawa seluruh Malaysia dan kemudiannya dunia untuk masuk dan melihat apa pengalaman menarik yang kita tawarkan. Dari 1-2 tempahan sahaja setiap bulan, ianya boleh meningkat berkali ganda. Platform Rarecation juga memberikan satu sistem yang akan membantu anda:

a. Penyusunan jadual tempahan
b. Proses pembayaran yang selamat
c. Pemasaran yang meluas
d. Latihan untuk menjadi host yang terbaik

IMG_3162

Ketenangan Fikiran

Untuk kebanyakan pengalaman, anda akan mendapat insuran percuma. Selain itu, anda akan mendapat akses kepada sokongan pelanggan 24/7 supaya anda boleh memberi tumpuan untuk melakukan perkara yang anda minati.

24518DBF-2B4B-417F-994A-AE28FF6BF53F

Panduan Untuk Bantu Anda Berkembang

Pemasaran secara meluas melalui media sosial, blog, website akan diberikan maka anda boleh mengembangkan pengalaman menaikkan pendapatan tanpa perlu pening kepala dengan urusan pemasaran.

Soalan-Soalan Lazim (FAQs)

1. Adakah saya perlu sediakan penginapan ?

Tidak. Anda tidak wajib menyediakan penginapan kepada peserta jika pengalaman tidak melebihi 5 jam dan tidak melibatkan aktiviti bermalam.

2. Apakah komitmen masa saya?

Anda boleh menjadi hos seberapa kerap yang anda suka dan anda bebas untuk menetapkan tarikh dan masa mengikut jadual yang paling sesuai untuk anda.

3. Adakah saya perlukan lesen perniagaan?

Bergantung pada aktiviti yang terlibat, pengalaman tertentu mungkin memerlukan lesen tertentu mengikut peraturan. Pastikan untuk memeriksa undang-undang tempatan di kawasan anda untuk menentukan lesen yang mungkin diperlukan untuk pengalaman anda, terutamanya jika ia melibatkan makanan, pengangkutan, dll.

4. Adakah saya memerlukan insurans?

Insurans Perlindungan Pengalaman melindungi kebanyakan aktiviti semasa pengalaman, tetapi perkara tertentu seperti terbang atau memandu tidak dilindungi. Anda mungkin perlu mendapatkan insurans anda sendiri jika pengalaman anda melibatkan aktiviti-aktiviti ini. “Ketahui lebih lanjut”

5. Bolehkah saya menetapkan bilangan tetamu minimum bagi setiap pengalaman?

Boleh bergantung kepada kesesuaian aktiviti, anda boleh menetapkan bilangan minimum bagi setiap pengalaman.

6. Bolehkah saya menjadi hos dengan orang lain?

Jika pengalaman anda melibatkan orang lain, pastikan nama mereka disebutkan pada penyenaraian pengalaman anda supaya tetamu mengetahui siapa yang akan mereka temui. Mereka juga perlu mempunyai profil Rarecation yang sudah disahkan.