Cerita Kami

Rarecation bermula sebagai sebuah syarikat travel yang memberikan kita kelainan dalam percutian dan mengembara dengan cara yang LUAR dari kebiasaan. Eksplorasi lokasi Rare secara flexible tanpa sekatan masa di dalam kumpulan kecil. Konsep pengembaraan ini menjadi fenomena dan cuba diikuti oleh syarikat travel yang lain.

2020, seluruh industri pelancongan terhenti, namun Rarecation tidak berhenti membawa perubahan dan inovasi di dalam industri pelancongan. Pengalaman mengembara ke seluruh dunia dan kembali melihat Malaysia, kami yakin Malaysia sebenarnya mempunyai banyak lokasi cantik dan pengalaman kembara unik bertaraf antarabangsa namun kurang dikenali.

Atas faktor ini, kami membina Rarecation 2.0, sebuah online platrom untuk memperkenalkan kepada lebih ramai orang kepada pelbagai destinasi dan pengalaman Rare di Malaysia. Kami yakin platform ini akan membawa satu lonjakan pendapatan kepada ramai pengusaha industri pelancongan tempatan.

Jika bukan kita yang mahu bangunkan bangkitkan semula industri ini, siapa lagi.

100+

partner

Rarecation mempunyai lebih 100 partner diseluruh Malaysia. Setiap satunya menjanjikan perkhidmatan yang terbaik

200+

Experience

Lebih dari 200 pengalaman unik kita sediakan disini dan terus berkembang memberikan yang terbaik kepada anda

200+

Destinasi

Dari destinasi yang dikenali sehingga ke destinasi yang tidak pernah ada di dalam peta pelancongan. Semuanya kami liputi

1000+

tempahan

Semenjak dimulakan, Rarecation sudah menerima lebih dari 1000 tempahan dan 90% memberikan rating 5 bintang di dalam aktiviti kami

"Malaysia mempunyai banyak potensi yang sangat besar untuk dibangunkan dikawasan yang bukan tarikan pelancongan. Sekalipun bukan tarikan pelancong, namun ada karakter unik yang boleh diexplotasi menjadi sumber pendapatan kepada penduduk tempatan. InsyaAllah selepas ini lebih ramai rakyat Malaysia sendiri akan menyenangi Malaysia, apatah lagi pengembara antarabangsa apabila sempadan negara dibuka semula"

Rare Experience

Saiful Nang

Founder