from 0 review
1 Day
No Cancellation
7 people
Malay
Perasaan takjub dengan kejadian alam yang luar biasa akan dirasai apabila menyaksikan keajaiban Air Terjun Pelangi Lembing (Lembing Rainbow Waterfall) yang terletak jauh ke dalam Hutan Simpan Bukit Tapir.
Dengan ketinggian mencecah 30 meter, air terjun yang mengalir turun laksana tirai air yang mempersonakan, menyambut pengembara yang datang ke sini. Dikenali sebagai Air Terjun Pelangi kerana cahaya matahari yang dibiaskan oleh air terjun membentuk fenomena pelangi yang sangat unik dan hanya boleh disaksikan pada waktu pagi diantara jam 9.00 hingga 10.30 pagi.
Kepenatan 1 jam setengah perjalanan menaiki 4×4, menyeberangi sungai dan merentas hutan tidak dirasai langsung tatkala sampai dan menyaksikan sendiri keindahan air terjun ini. Inilah ketenangan yang pasti diingati pengalamannya sampai bila-bila.
Leave a Reply