from 1 review
4
No Cancellation
15 people
Malay
Jangan beli yang dah siap, tetapi kita rasakan pengalaman hasilkan keropok lekor sendiri secara Traditional di Kampung Seberang Takir. Perjalanan kita bermula pada jam 3 petang kita berjumpa di Pasar Payang, dari situ kita naik bot penambang sambil melihat kecantikan Jambatan Angkat. Di seberang Takir kita akan ke rumah orang tempatan dan belajar cara buat keropok lekor asli Terengganu.
Jangan risau adunan keropok lekor sudah tersedia dan kita hanya perlu belajar bagaimana untuk membentuk adunan yang betul. Selepas adunan sudah di buat menjadi bentuk silinder dengan saiz yang bersesuaian, kita akan merebus adunan keropok sehingga masak. Tempoh masa merebus sekitar 20-30 minit. Sementara menanti keropok lekor yang direbus masak, kita nikmati keropok lekor panas-panas yang baru sahaja digoreng dengan sambal pedas manis warisan tradisi.Selesai direbus, keropok lekor kita boleh dibawa pulang.
Pengalaman kita tidak habis lagi di sini, kita nikmati keindahan matahari terbenam dari atas sungai Terengganu menuju kembali ke pasar payang.
Syibli Fakih
Sangat Berpuas Hati