from 0 review
2
No Cancellation
10 people
English
Jika ke Georgetown dan mahu merasakan makanan terbaik, sayalah orang nya. Nak cari nasi kandar, Roti Canai, Laksa Penang, Pasemboq, Char Kew Teow, ais tingkap, roti bakar arang telur goyang, mee udang sebut sahaja makanan apa yang ingin dirasai saya tahu tempatnya. Yang sedap dan terkenal atau pun yang sedap tetapi tidak dikenali akan saya kongsikannya pada anda.
Apabila menempah sebut sahaja nanti nak makan pagi, tengah hari atau malam. Setiap sesi akan berlangung sekitar 2 jam dan kita akan berjumpa di Menara Komtar Penang. Dari situ kita akan pergi menikmati makanan yang menjadi pilihan anda. Jangan risau tentang tempat duduk kerana setiap kedai sudah ditempah siap siap agar kita tidak perlu beratur lama untuk makan.
Kalau inginkan pengalaman makan yang terbaik, pastinya pergi bersama saya.
Leave a Reply