Kembara alam semula jadi, menjejaki air terjun yang tersembunyi, sukan air seperti berkayak di jeram yang bertaraf antara bangsa, mendaki gunung melalui laluan yang jarang diambil dan pelbagai lagi.
Bawa pengalaman makan yang lauk pauk unik dan rare di lokasi yang menarik , anjurkan kelas memasak dengan resipi tradisi di kawasan perkampungan, nikmati buah segar terus dipetik dari buah dan pelbagai lagi pengalaman makanan yang unik. Orang Malaysia sangat mencintai makanan.
Tahu tinggalan sejarah yang unik tidak diketahui di tempat anda, kongsi kisah di sebalik nama kawasan, tinggalan sejarah dan cerita menarik budaya kita pada orang.
Ketahui standard, pengalaman dan bagaimana mencipta pengalaman terbaik mengikuti standard yang telah kami tetapkan.
Halaman anda menjadi tempat orang lain menemui anda. Hasilkan halaman pengalaman yang berkualiti tinggi dengan penerangan yang baik, gambar yang cantik meyakinkan dan video yang memberi inspirasi untuk lebih ramai orang menyertai pengalaman anda.
Pastikan kita memberikan yang terbaik kepada tetamu kita. Kekalkan kualiti dan nilai tinggi yang kita berikan untuk mendapatkan review yang baik dari tetamu.
Sebuah platform yang akan membawa pengalaman anda ke pasaran yang lebih luas. Ramai yang boleh menjadi host yang baik namun ramai juga yang tidak mampu untuk mengurus tempahan dan tidak mahir di dalam pemasaran menyebabkan akhirnya produk dan pengalaman itu berakhir. Dengan platform Rarecation kita membawa seluruh Malaysia dan kemudiannya dunia untuk masuk dan melihat apa pengalaman menarik yang kita tawarkan. Dari 1-2 tempahan sahaja setiap bulan, ianya boleh meningkat berkali ganda. Platform Rarecation juga memberikan satu sistem yang akan membantu anda:
a. Penyusunan jadual tempahan
b. Proses pembayaran yang selamat
c. Pemasaran yang meluas
d. Latihan untuk menjadi host yang terbaik
Untuk kebanyakan pengalaman, anda akan mendapat insuran percuma. Selain itu, anda akan mendapat akses kepada sokongan pelanggan 24/7 supaya anda boleh memberi tumpuan untuk melakukan perkara yang anda minati.
Pemasaran secara meluas melalui media sosial, blog, website akan diberikan maka anda boleh mengembangkan pengalaman menaikkan pendapatan tanpa perlu pening kepala dengan urusan pemasaran.
Tidak. Anda tidak wajib menyediakan penginapan kepada peserta jika pengalaman tidak melebihi 5 jam dan tidak melibatkan aktiviti bermalam.
Anda boleh menjadi hos seberapa kerap yang anda suka dan anda bebas untuk menetapkan tarikh dan masa mengikut jadual yang paling sesuai untuk anda.
Bergantung pada aktiviti yang terlibat, pengalaman tertentu mungkin memerlukan lesen tertentu mengikut peraturan. Pastikan untuk memeriksa undang-undang tempatan di kawasan anda untuk menentukan lesen yang mungkin diperlukan untuk pengalaman anda, terutamanya jika ia melibatkan makanan, pengangkutan, dll.
Insurans Perlindungan Pengalaman melindungi kebanyakan aktiviti semasa pengalaman, tetapi perkara tertentu seperti terbang atau memandu tidak dilindungi. Anda mungkin perlu mendapatkan insurans anda sendiri jika pengalaman anda melibatkan aktiviti-aktiviti ini. “Ketahui lebih lanjut”
Boleh bergantung kepada kesesuaian aktiviti, anda boleh menetapkan bilangan minimum bagi setiap pengalaman.
Jika pengalaman anda melibatkan orang lain, pastikan nama mereka disebutkan pada penyenaraian pengalaman anda supaya tetamu mengetahui siapa yang akan mereka temui. Mereka juga perlu mempunyai profil Rarecation yang sudah disahkan.