KELANTAN
Kelantan ialah sebuah negeri yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dan turut dikenali juga dengan nama Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kelantan mempunyai pelbagai warisan seni budaya tradisional serta mempunyai banyak masjid dan bangunan yang menerapkan seni bina unik islam. Negeri ini juga mempunyai keindahan alam semulajadi dan menyimpan pelbagai spesis flora dan fauna.