Sarawak

SARAWAK

Sarawak, yang terletak di kepulauan Borneo merupakan negeri terbesar di Malaysia. Tanah bertuah ini mengukir sejarah yang sangat penting tentang kehidupan awal manusia, bumi tua yang penuh dengan warna-warni yang menunggu untuk diterokai. Keindahan flora dan fauna Sarawak tidak dapat diterjemah dengan kata-kata. Lanskap muka buminya dengan hutan sebagai aset yang penting bagi Sarawak menjadikan ia sebuah negeri yang menjadi habitat kepada ribuan spesies tumbuhan dan haiwan unik. Kewujudan Taman Negara yang banyak membuka peluang kepada para pengembara untuk bukan sahaja menikmati habitat semulajadi malahan pelbagai aktiviti turut dapat dijalankan secara tidak langsung contohnya meredah hutan, perkhemahan, mendaki dan banyak lagi.

Explore the City