SELANGOR
Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan dikelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, menjadikan ia destinasi pelancongan yang menarik yang boleh diterokai seperti tarikan pengembara di tepi pantai, di hutan rimba dan mahupun di kawasan bukit. Jangan terkejut pula, Selangor sebenarnya mempunyai banyak tempat mandi-manda di air terjun menarik yang mudah diterokai tanpa perlu bersusah payah meredah hutan belantara.