Rarecation bermula sebagai sebuah syarikat travel yang memberikan kita kelainan dalam percutian dan mengembara dengan cara yang LUAR dari kebiasaan. Eksplorasi lokasi Rare secara flexible tanpa sekatan masa di dalam kumpulan kecil. Konsep pengembaraan ini menjadi fenomena dan cuba diikuti oleh syarikat travel yang lain.
2020, seluruh industri pelancongan terhenti, namun Rarecation tidak berhenti membawa perubahan dan inovasi di dalam industri pelancongan. Pengalaman mengembara ke seluruh dunia dan kembali melihat Malaysia, kami yakin Malaysia sebenarnya mempunyai banyak lokasi cantik dan pengalaman kembara unik bertaraf antarabangsa namun kurang dikenali.
Atas faktor ini, kami membina Rarecation 2.0, sebuah online platrom untuk memperkenalkan kepada lebih ramai orang kepada pelbagai destinasi dan pengalaman Rare di Malaysia. Kami yakin platform ini akan membawa satu lonjakan pendapatan kepada ramai pengusaha industri pelancongan tempatan.
Jika bukan kita yang mahu bangunkan bangkitkan semula industri ini, siapa lagi.
partner
Rarecation mempunyai lebih 100 partner diseluruh Malaysia. Setiap satunya menjanjikan perkhidmatan yang terbaik
Experience
Lebih dari 200 pengalaman unik kita sediakan disini dan terus berkembang memberikan yang terbaik kepada anda
Destinasi
Dari destinasi yang dikenali sehingga ke destinasi yang tidak pernah ada di dalam peta pelancongan. Semuanya kami liputi
tempahan
Semenjak dimulakan, Rarecation sudah menerima lebih dari 1000 tempahan dan 90% memberikan rating 5 bintang di dalam aktiviti kami
Saiful Nang
Founder