from 0 review
1 Day
No Cancellation
5 people
Malay
Teluk Segadas agak terasing daripada kunjungan biasa pelancong ke Pulau Pangkor kerana pantainya hanya boleh diakses melalui jalan hutan dan menaiki bot atau sampan sahaja. Panorama pantainya indah terpelihara, bersih dan laut biru kehijauannya kaya dengan batu karang yang cantik.
Perjalanan kita bermula dengan meredah hutan hijau khatulistiwa bermula dari Kg. Teluk Gedung menuju ke pantai Teluk Segadas dan akan singgah ke kawasan batuan tinggi bagi menikmati eye-bird view pantai Teluk Segadas. Makanan laut yang dibawa dan juga dipancing segar, kita BBQ bersama sambil melayan tiupan bayu laut Selat Melaka.
Selesai puas mandi, makan dan bergambar, kita akan pulang ke Kg. Teluk Gedung semula melalui jalan laut. Kali ini, bersedia untuk rasai pengalaman menaiki sampan nelayan dan kita saksikan keindahan Masjid Terapung 1000 Selawat daripada view lautan.
Ini baru RARE!
Leave a Reply